Wednesday, February 9, 2011

miss both of u so much......




Terdiam seorang diri. Merenung kembali perjalanan hidup. Tak terbalas jasa mereka, moga doa yang tulus ikhlas harap dimakbulkan.

Terima kasih yang tidak terhingga buat arwah mak dan ayah kerana telah mendidik kami sehingga menjadi orang yang berguna...tanpa kamu kami tidak akan wujud di dunia ini...Nasihat dan pesanan ayah dan mak tidak akan kami lupa dan ia akan menjadi panduan untuk kami semua...

Banyak pengorbanan ayah dan mak sepanjang membesarkan kami...Maafkan kami kerana tidak sempat membalas jasa ayah dan mak..Kamu pergi dlu sebelum sempat kami membalasnya...

Ya Allah Ya Illahi Rabbi, anta maksudi wa ridhaka matlubi. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku, angkatkanlah darjat mereka, rahmati dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi dan mendidik kami sejak kecil. Ya Allah, jadikanlah kami sebagai anak yang soleh, sebagai pengubat dan penyejuk mata buat kedua orang tuaku, sebagai aset mereka yang berharga di barzakh dan di akhirat nanti. Aminn…



No comments:

Post a Comment

KoMeN aNda